Wednesday

Buang Hantu, Jin

07 Jun 2011 

8.15am
. . . . .Kring 3x ~ hengpon aku berbunyi
Call dari Kak Ekin (KE) dari Sg Buloh. 
Kwn cyber yg aku kenal sejak 3 tahun dulu.

"Jadi tak nak jumpa jap lagi ni dik?"
"Jadi la KE, dah booked appoinment pon"

Seperti yang dijanjikan  
Pertemuan kami di tol Changkat Jering
Terus menuju ke Kg Batu Hampar Dalam
Lebih kurang 40km dari tol Changkat Jering


10.40am
Alhamdulillah sampai la kami ke destinasi dituju
Seorang lelaki tua dan seorang wanita 30an menyambut kedatangan kami
Dipendekkan cerita semua pengenalan diri sudah dilaksanakan
Maka bermulalah episod tujuan utama ke teratak lelaki tua itu

"Gini tok, saya nak buang susuk" KE menyatakan hasratnya
Aku tak terkejut dengan pengakuan KE sebab dia dah cerita pada aku lama dah
Tok Wan itu memanggil cucunya yang hanya dikenali sebagai IJA
Umur baru nak masuk 14tahun, comel budaknya


"Ija, panggil Putera sat. Tengok makcik ni. Ada apa dengan dia."
Aku pasti KE pon tercengang dan tak faham apa yang dimaksudkan oleh Tok Wan kepada cucunya itu
"Ada 10 susuk, ada orang dengki guna bomoh siam, laki ada saka hantu raya dan  orang minat jugak" laju saja si Ija berbicara.
Ija berbicara setelah bunian bernama "PUTERA" memasuki dirinya
Tidak pulak Ija ni menurun ke haper,  relaks ja dia siap dok main sms lagik
Moden gak bunian ni yer hehehe  ( aku kata dlm hati jer kui  kui kui )


Dipendekkan ceritera ni, proses pengubatan pon bermula la
Lagi sekali aku agak cuak bila tiada proses "jerit-jerit" dari jin yang degil 
utk disingkirkan dari badan KE dan suaminya macam dalam slot
Expose Mistik yang selalu aku tonton tu.
Oppss..lupa nak tulis suami KE tak ikut sekali. Hanya KE sahaja yg pegi berubat
Mcm tadi, si Ija hanya menyuruh jin atau saka si penama memasuki botol
kicap besar yang dorang dah beli utk tujuan tangkap jin-jin.
Then dipalitkan kapur makan di penutup botol kicap tu


Proses buang jin selesai.
Tok Wan menyuruh aku mengambil gambar jin dlm botol-botol tu
Aku cuak lagi sebab mata kasar aku memang tak nampak apa-apa dlm botol tu



Aku pon guna henpon cikai aku yg 1.2Mpixel shj utk ambik gambar. Kena letak kat tempat gelap. 
Antara aku percaya atau tidak, foto ni mengejutkan
aku dan KE. Ni kira dah di"shrink" kan saiz jin-jin dari susuk KE. Sendat jin-jin dalam tu. Tertonggeng terbalik, semua ada. 




Sesi berikutnya adalah adik Ija  menyuruh saka dari badan suami KE masuk ke dalam botol. Hantu raya arwah bapa mertua KE telah menumpang di dalam badan suami KE. Tidak pasti samada suami KE sanggup menerima saka tersebut atau secara "auto" ia  menumpang di jasad suami KE. Akibatnya hidup rumahtangga mereka tidak tenteram. Ada saja perbalahan demi perbalahan walaupun usia perkahwinan mereka telah pun mencecah 20 tahun.


Ada ghuper macam ular pon ada gaks bila tengok ni. Semua ada 4 ekor. Yang ketara nampak 2 saja. 




Di dalam botol ketiga, Ija sekali lagi menyuruh jin suruhan bomoh Siam supaya memasuki botol.


Menurut Ija, jin suruhan Siam ni bertujuan untuk memisahkan KE dgn suaminya. Bagi dorang bercerai berai. Ada 3 ekor, nampak macam ular cuma tak berapa clear sebab guna kamera cikai :(  .Kalau guna DSLR sure meletop punya gambar-gambar ni  ngeeee 




Sesi pengubatan tak berakhir di situ. KE diminta mandi bunga dengan duri selama 3 malam berturut-turut untuk "membersihkan" diri setelah susuknya dibuang. 


KE telah bermalam di rumah Tok Wan selama tempoh 3 hari tersebut. Aku balik umah lerrr. Nak kena tengok parents aku gak. Cuma aku call KE sehari kemudian, tanya dia camna dengan perubahan diri setelah berubat.
Dia kata dia semakin sihat, tenang dan lapang fikiran. Suaminya yang outstation pun asyik sms & call sebut sayang sayang, i love u kepada KE.  Ahhhhhh   so sweet . . . syukur ke hadrat Allah hubungan mereka suami isteri semakin penuh dengan bunga bunga cinta dan kasih sayang. 



Aku amat gembira dengan kehidupan baru KE. Semoga Allah merahmati dan memberkati mereka sekeluarga. Kepada yang menganiaya manusia lain dengan amalan ilmu hitam, anda akan seronok sebentar sahaja melihat kesengsaraan orang lain. Hukuman Allah lebih teruk lebih azab berbanding apa yang anda buat demi melunaskan niat jahat anda itu. Bertaubatlah sebelum terlambat.


Ya Allah, engkau Maha Pengampun, Maha Penyayang, Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaMu. Ampunkan segala dosaku, ibubapaku, adik beradikku dan juga semua muslimin dan muslimat. Bukakanlah seluas-luasnya pintu taubatmu kepada kami . Hidupkan dan matikan kami dalam iman dan Islam. Amin ya rabbal a' lamin

3 comments:

  1. ceritanya pelik tp kebenarannya sukar nk disangkalkn

    ReplyDelete
  2. Kak Paridah > Baca cerita dah rasa pelik. Kalau tengok dgn mata sendiri pon masih cuak. Tapi ini semua dengan izinNya juga.

    ReplyDelete
  3. dik mcm mana nak contact tok wan tu?

    ReplyDelete