Monday

Bedah Jantung Tak Sampai 1 Minit ??

Disclaimer : Catatan ini hanyalah memaparkan info yang ada disekeliling kita yang mungkin berguna kepada sesetengah individu dan mungkin tidak kepada yang lain. Sekiranya tidak suka, janganlah mencerca, memaki hamun dan sebagainya. Kita hanya manusia yang berusaha, yang menentukan keberjayaan usaha kita tetap milik Tuhan yang Esa.



                Kunjungan aku ke Kedah pagi ni atas undangan rakan cyber aku Kak Su (KS) yang nun tinggalnya di Kuala Ketil. Pada mulanya aku berhasrat nak gi hari Ahad tapi ada kenduri, so gi awal sesudah solat Subuh.  Sampai sana pukul 9am. Hajat aku sebenarnya nak ikut KS gi Jeneri, Sik, Kedah untuk menyaksikan sendiri perubatan "pembedahan batin instant" . . haaa..bukan mi megi atau susu budak saja ada instant..seeing is believing.

KS tahu tentang "Bomoh Diraja Kedah aka Pak Teh Jan" dari abangnya yang happy sebab tak perlu makan ubat diabetic lagi setelah "dibedah" oleh Pak Teh Jan (PTJ). Nama saja Pak Teh, setakat nama pangkat di kampung-kampung. Orangnya muda lagi, dalam tengah 40an.

Disebabkan KS ada GPS, jadi koordinat nak sampai ke simpang jalan ke rumah perubatan PTJ adalah :


N 5.52.036
E 100.39.097

Bagi yang tak ada GPS (macam aku hihi), laluannya ( dari exit Gurun) adalah:
1)  Ambil jalan menghala ke pekan Jeniang
2)  Jumpa simpang 4, ambil kanan. Depan sket jumpa jambatan ni

3)  Terus sampai nampak simpang kiri ke Jeneri




4) Lepas tu, nampak simpang kiri TERDEKAT (gambar kat bawah) masuklah kiri (tak ada signboard)


5)  Jalan terus sampai nampak mini pam Caltex sebelah kanan. Kalau turun tanya kat orang Caltex situ, dorang akan bagitau jalan yang salah . . errkkk. . .setelah sesi korek rahsia rupanya ada krisis antara tokey Caltex vs PTJ .. . . mmm..camtu rupanya
6)  50 m dari Caltex tu ada simpang Kg Tala dan simpang kiri pertama tu simpang tanah merah dan signboard rumah pengubatan PTJ terpacak disebelah kanan jalan

7)  Ni rupa jalan nak masuk ke tempat PTJ, tanah merah ye. Pakai selebet sudah la, takut nanti kasut  Clark, Bonia, Nike, Bally  uols rosak dek tanah merah hehehe

8)  Kedai yang menyediakan sirih pinang dan air mineral utk digunakan oleh PTJ nanti. Kalau parking penuh dekat area rumah PTJ, boleh park kat sini tapi kena RM2 per entry. Nun dipenghujung jalan merah adalah rumah pengubatan PTJ. Jadi kalau terlepas kedai ni, nak menapak turun dan naik mau tercabut gak lutut (bahaya kalau hari hujan sbb licin sgt)

1set sirih berharga RM2 dan air mineral RM2 dari kedai sedara PTJ utk digunakan semasa proses pengubatan kelak. 1 set sirih dan air utk seorang pesakit. Kalau datang 5 beranak, kenalah 5 set. 



 


9)  Mendaki ke rumah pengubatan PTJ. Rumah ni hanya digunakan untuk berubat. PTJ dan orang kanannya tinggal di tempat lain. Harrier tu PTJ punya. 1 out of 18 luxurious cars he has . .wow. . ni org kanannya bagitau la


 Kronologi sesampai kami ke destinasi:


"Hari ni tak ramai" ulas KS bila melihat kuantiti pesakit yang menunggu. Sabtu lepas KS dah pegi dgn anak-anaknya. Masa tu ada lebih kurang 40 orang yang datang mahu mendapatkan khidmat kepakaran PTJ. "Tak perlu risau nak ambik nombor kalau ramai sebab PTJ asingkan pesakit ikut jenis penyakit then dia wat operation " jelas KS kepadaku.

Masa kami melangkah masuk, PTJ sedang menjalankan pembedahan jantung terhadap pakcik ni. Nafasnya tercungap-cungap, kesian aku tengokkan keadannya yang ada beberapa penyakit besar (jantung, paru-paru, tangan tak boleh gerak, kaki bengkak dan percakapannya kurang jelas). Tak sempat nak rekod, PTJ dah selesai bedah jantung.

"Alamak ! Pesakit jantung lain tak ada ke untuk saya rekod?" soal aku agak panik bila baru nak setting rekod, tamatlah pulak sesi bedah. Aisehman, superman, batman, ultraman, cicakman. Tapi apa-apa pon, pakcik ni memang sporting sebab kasi kerjasama kepada aku nak zoom dekat luka bedahnya dan benang hitam yang wujud selepas pembedahan dilakukan.


Zoom lagi dekat ni pon susah sebab pakcik ni berolak-olak nafas dia. Benang hitam tu kena biar 3 hari supaya jahitan tak buka. Lepas tu, simpan la benang tu wat kenangan anak cucu cicit.






Beralih kepada pesakit lain, yang "mild" sakitnya. Kakcik ni sakit hujung jarinya. Kebas-kebas. Kena tukar darah. Ada bahagian yang mcm kena "screw" balik  . . bunyi mcm kelakor je. . tapi layannnn je lah SINI LORR

Kemudian bang ni plak yang sakit migrain sebelah kepala dibedah oleh PTJ, tengok sini

Kalau pesakit diabetis, pembedahan tak banyak beza. Di kepala jugak bedahnya. Lihat sini

Next is turn KS tapi dia tak bagi rekod, malu katanya. Takut terjerit-jerit . . hehehe..ok lah. Sakit gastrik yang dialami KS dah 20 tahun. Perut sebelah kanan dibedah. "Mcm tertusuk besi dengan pantas dan pedih"  ngadu KS. Sebelum bedah, PTJ mintak seorang nenek pegangkan kedua-dua tangan KS takut meronta. Parut sepanjang 1" jelas nampak, macam luka tergores kulit sahaja.

Setiap pesakit diminta meminum air  mineral yang telah dibacakan doa dan menghabiskan sirih 3 helai serta 3 hirisan pinang kering untuk tempoh 3 hari.

Info-info tambahan sebelum pergi berubat kat PTJ ni :

1)  Dibuka pada setiap hari kecuali JUMAAT
2)  Waktu berubat 10 pagi hingga 2 petang.
3)  Kos perubatan (pengeras dalam bahasa kasar) RM30.50
4)  Barang-barang perlu dibawa @ beli sahaja kat kedai sebelum sampai rumah PTJ : 5 helai sirih, pinang &        kapur dan air mineral
5)  Hanya 1 PENYAKIT  untuk diubat pada 1 HARI. Kalau ada 4-5 penyakit, kenalah berulang pergi. Homestay ada nearby pekan Jeniang, Gurun, Sg Petani (byk hotel kat sini). Nak happening dok Sg Petani la sebab town besar. Boleh cuci mata shopping ngeeeee.  Naper tak boleh byk2 sakit diubati dalam sehari? Sebab risiko besar, takut pesakit tak tahan nanti. Itu penjelasan PTJ.
6)  Masa makan set sirih  mestilah teratur. Kalau hari pertama makan waktu siang, maka hari kedua dan ketiga pon makanlah waktu siang jugak. Ini untuk elakkan "result" yang yoyo (ada ups and downs).
7)  Call PTJ ( 012- 4874952 / 012 - 5834504 )  sebelah malam sebab dia free sket masa tu. Lepas pukul 2 ptg, dia g wat part time bedah kat hospital swasta kat Penang setiap hari. Menurut org kanannya (Pak Tam) Hospital Metro Penang bayar PTJ mahal untuk khidmatnya. . . wow. . .kalau betul la gitu, memang jutawan la PTJ ni sebab dapat 5k-6k sehari !! Kira dia wat amal jariah la setiap hari kat Jeneri tu.


Aku percaya semua ni adalah pemberian Allah swt kepada hambanya untuk membantu sesama manusia. Jangan taksub dengan PTJ atau sesiapa sahaja yang berupaya mengubati. Mereka hanyalah perantara sahaja. Qun fayaqun tetap Allah swt punya kuasa segalanya. Dia menghidupkan, Dia mematikan, Dia pemberi rezeki. Kita disuruh berikhtiar selagi ada daya, maka tidak salah untuk mencuba asalkan tidak memesongkan akidah dan keimanan kita. Berusaha, berdoa dan bertakawal. Selebihnya serahkan kepada yang Esa. Tidak ada penyakit yang tak boleh diubati kecuali mati. Maka teruskan berusaha demi mendapatkan kehidupan dan kesihatan fizikal dan mental, rohani dan jasmani yang lebih berkualiti.

~ Wallahualam ~

Wednesday

Jalan Jalan Buang Saka

Fulfilling requests from this blog readers, i'll give uols the direction to go to Ija's place. . . chewahhh  aku spiking london . . ngeh ngeh. . . Ok, stop merepek. Back to main story de morry.


1) Landmark terbaek punya is TOL PLUS exit TAIPING SELATAN / CHANGKAT JERING / BERUAS
2) Bayar la toll then after toll ada T-junction. TAKE RIGHT. Approximately around 37km dari exit tol tu.
3) Just go straight don't belok-belok. Jalan situ sharp corners banyak, lalu ladang sawit kiri kanan. Don't worry, just resume your driving.
4) Uols akan lalu small town nama Trong (agaknya byk terung kot kat sini . . kui kui ). Terus saja, straight lagi.
5) Nampak masjid (di bawah) ni di sebelah kanan. Go straight lagik

6) Around 37km of journey (sori guys, asyik lupa nak set meter keta den), uols akan nampak surau ijau ni (gambar bawah) di sebelah kanan. Itu maknanya memang dah dekat sangat-sangat dah tu. Bahu jalan depan surau ijau tu, uols wat la U-TURN. Heading ke jalan uols lalu tadi sebabnya memang tak boleh masuk simpang tu sebab tersangatlah sharp turn.
7) On your left around 50m dari surau ijau ni, uols akan nampak signboards di bawah ni

8) Nampak simpang mini tar on your left tu? Tak nampak ?  .. ok kita kasik zoooom
9) Zooom lagik
10) Den raso raso ni dah cukup clear dah ni. Orang rabun ayam macam den ni pon boleh nampak la simpang ni. Nampak "kesharpan" corner tu on your right? Sebab tu tak boleh main bagi signal kanan then uols belok ja. Lagipon ada lopak dan bonggol kat corner tu. Extremely dangerous !!

11) Ikut jalan mini tar ( ada sikit lopak lopak  ) dan sampai korang jumpa titi ni. Ini bermakna uols di jalan yang benar hehehehe

12) Ikut lagi mini tar ni sampai uols nampak rumah ni sebelah kanan

13) Oooopsss. . ni bukan rumah yang hendak dituju yer. . cuma dah dekat sangat sangat perlahankan kenderaan uols yer. . tak kan nak merempit kat kampung orang plak kan ? hehehehehe
14) Finally . . .  once uols sampai kat umah ni, bagi lah salam. Insyaallah dengan izin Tuhan, niat berubat ikhlas uols akan dimakbulkan. Aminnnnn
15) Call Tok Wan utk janjitemu (waaa..den guno bahasa betul beb, ikut dewan bahasa bukan temujanji ngeh ngeh  ngeh). Nombor Tok Wan 0175094391. . FYI Tok Wan OKU yer, matanya kena katarak since he was small. So jgn predict dia boley lari mcm sprinter bila nampak uols datang ekekekeke. Lupa nak nyatakan upah pengkeras. Seekor (betul ke penjodoh bilangan ni. . boley la tu) jin / saka ditangkap caj RM50 - RM55. Ada tempat lain kenakan sampai RM700 seekor. . . Gilas babas !!
Yang siok tu, boley nampak bentuk jin / saka yang ditangkap. Bawak la kamera sekali kalau datang.

16) Perlu diingatkan, rakaman video atau gambar semasa perubatan adalah tidak dibenarkan. "Bunian aka orang ghaib" tak boleh masuk dalam diri Ija. Aku tau sebab aku dah cuba nak rakam video. Tunggu punya tunggu, si Ija tak boleh dimasuki bunian. So aku matikan saja camcoder aku tu  huhuhuhu. Segala kejadian semuanya uols hanya boleh simpan dalam memori kekal uols ahakssss


~ Sampai bertemu lagik di lain N3 (tu pon kalau jejari kerasku melembutkan "dirinya" utk ketuk keypad ni) ~